Sunday, March 24, 2013

Bersenamlah Melayu

0 comments
Salam Ahad,

Setiap individu pastinya memerlukan tubuh badan yang sihat,tubuh yang sihat menjamin minda yang cergas juga hari yang ceria dan lebih bertenaga..kikiki....Jadi,bagi mendapat segala bagai karakter-karakter tersebut,makanya perlulah patik dan tuan hamba sekalian bersenam...kikiki....

"Senaman ialah pergerakan badan yang dilakukan secara berulang-kali secara terancang dan berstruktur bertujuan untuk meningkatkan atau mengekalkan satu atau lebih komponen kecergasan fizikal. Senaman juga melibatkan penggunaan dan pengeluaran tenaga yang banyak."-Dr.Wiki




Berdasarkan maksud bersenam itu fahamlah patik,tuan hamba dan mereka bahawa bersenam itu sangatlah tidak berbahaya...kikiki...
Adalah perlu diingat,jika tidak mahu boroi seperti patik ini,bersenamlah.
Apa yang patik lihat masyarakat melayu kita ini,terutamanya di kampung,ya,patik orang kampung jadi orang kampunglah menjadi tikus makmal patik,mereka ini sangatlah suka tidak bersenam =.=',mereka lebih suka bersembang bertemankan segelas teh tarik bersama rakan taulan sahabat handai dan mengumpat serta bercakap tiada isi,politik kosong yang direka-reka,cerita agama yang tiada dalilnya,daripada melakukan aktiviti menyihatkan dan berpahala ini.

Patik melihat,masyarakat Cina terutamanya banyak mengamalkan aktiviti bersenam ini,tadi sedang patik mengambil angin di bendang,banyak sekali kaum Cina sedang berjogging di jalan berturap sekitar kawasan sawah yang luas itu,tidak kurang juga yang berbasikal,ada yang datang berkeluarga menaiki Frontier dan diangkut bersama basikal seisi kelaurga entah dari mana asal mereka sanggup datang ke tempat-tempat lapang dan nyaman seperti ini untuk bersenam dan berbasikal..alangkah ruginya kita tidak turut sama mengambil kesempatan ini.

Lantas,ayuhlah kalian,tuan hamba juga patik sendiri,kita bersenam,tidak setiap hari cukuplah beberpa kali seminggu.






Post a Comment