• How We Do It

    How We Do It

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Mauris sit amet nisl lectus, id sagittis metus.

  • Easy to Customize

    Easy to Customize

    Nunc sapien risus, molestie sit amet pretium a, rutrum a velit. Duis non mattis velit. In tempus suscipit sem, et consectetur.

  • Clean Design

    Clean Design

    Class aptent taciti sociosqu ad litora torquent per conubia nostra, per inceptos himenaeos. Nam consequat risus et lectus aliquet egestas.

  • Works Everywhere

    Works Everywhere

    Nullam a massa ac arcu accumsan posuere. Donec vel nibh sit amet metus blandit rhoncus et vitae ipsum.

  • Web Development

    Web Development

    Suspendisse eleifend nulla in est euismod scelerisque. Etiam lacinia fermentum nunc id imperdiet.

  • Color Picker

    Color Picker

    Nullam tortor tellus, iaculis eu hendrerit ut, tincidunt et lorem. Etiam eleifend blandit orci.

Friday, July 12, 2013

Tibai di Gunung Angsi,N.9!

0 comments
Dimulakan dengan

 







Post kali ini nak memaparkan pengembaraan dua orang crew member tibai di Gunung Angsi beberapa tahu lepas....Aku dan Hadi Iskandar.


Baju putih Hadi,Baju Hijau aku..

Sedikit info:
Gunung Angsi yang terletak di Tanjung Ipoh yang terletak di daerah Kuala PilahNegeri Sembilan mempunyai ketinggian setinggi 825 meter (2,702 kaki). Ia merupakan salah satu tarikan bagi Hutan Rekreasi Ulu Bendol dan terbuka bagi pendakian.
Pendakian Gunung Angsi biasanya mengambil masa selama empat jam yang melalui laluan trek sepanjang 4.5 kilometer sepanjang Sungai Batang Terachi. Dari Gunung Angsi, pendaki boleh melihat gunung-gunung berhampiran seperti Gunung Telapa BurukGunung Berembun,Gunung Datuk dan Gunung Tampin.
Hutan Hulu Bendol merupakan hutan simpanan yang kaya dengan pelbagai pokok tropika seperti pokok merantipokok keruingpokok damar hitam, dan pokok mersawa.

NegaraMalaysia
NegeriNegeri Sembilan
DaerahDaerah Kuala Pilah
MukimMukim Terachi
KampungTerachi
Jenis gunung-Tidak berkenaan -
Taraf gunung-Tidak berkenaan -
Letupan terakhir-Tidak berkenaan -
Tinggi825 meter
2,702 kaki
Kedudukan:
Gunung Angsi terletak di  
Latitude: 2.72973
Longitude: 102.04593
(Koordinat diatas saya kira sendiri,jadi xpasti ketepatannya)
Peta Lokasi

Dalam pengembaraan ini,yang terlibat ialah aku dan hadi iskandar.
Trip ini dianjurkan oleh ARC CFSIIUM PJ & Nilai,pada tahun 2011 kalau tak silap,masa tu kami di pusat asasi uia lagi.
Trip yang mengambil masa lebih kurang 2 jam perjalanan dari Uia ni kami pegi naik bas sewa,yang pegi tuh ramai jugak aku tak ingat,laki ngan pompuan sama banyak la..tapi memang ramai....
tak pecaya?tengok bawah..kihkih..


Yang baju hijau kuning Kedah tu....aku!
Yang baju putih duduk depan sekali belah kanan yg galas beg tu..Hadi!

Tapi yang sedikit kecewa sebab trip ni dah lama,so aku lupa dah la...seingat aku trip ni 3hari 2malam kot....haha..yang aku ingat,betolak dari Uia dlm pagi,tapi biasa lah jam melayu,dekat tengah hari baru bertolak,singgah Pusat Asasi ia  Nilai sekejap(lama jugak la..) untuk ambik budak-budak sana yang ikot sekali,jugak ambik Ketua XPDC..nanti aku kenalkan siapa dia ketua xpdc ni...sampai ja kat kaki Gunung Angsi dah petang jugak,slow sikit sebab naik bas Uni kan...So,sampai-sampai ja kat sana terus loading barang,then daftar nama kat pejabat hutan cawangan gunung angsi tu,terus kitorang pegi campsite pacak khemah,sebab nak rest dulu malam tuh sambil kembangkan paru-paru menghirup udara segar malam,pagi esok tuh awal-awal pagi baru mula mendaki!!! Yeay!! =.='
Malam tu biasa la,macam-macam la..unggun api normal lah..huhu...pergaulan kena jaga..ehem-ehem...Malam tu jugak kami masak nasi siap-siap,sebab pagi esok tuh sarapan nak buat nasi goreng...



Ok keesokannya,bangun,mandi dan solat subuh kat surau yg ada kat rekreasi perkhemahan tuh,pastu goreng nasi dan melantak...dan persiapkan barang untuk mendaki....kumpulan sudah pun dibahagikan untuk makan di puncak nanti perlu dalam berkumpulan...
Pagi-pagi lagi lepas subuh mandi sungai..wooo...sejuk...

 Sejuk....


Sarapan pagi...








Ha...melantak dulu...


Feel the moment....





Teammate...(Digicross)


    
Briefing sikit....





Stretching dulu....



Kemudian perjalanan pun bermula...!!!!




 
 
Muka hepi awal perjalanan.....




Di pertengahan pengembaraan....

rehat sat kat check point..



Ketua xpdc ni!

panjat..panjat...



  





 




Hadi sesat..macam zoro..


Di kemuncaknya......Yeah...!!

Excited!!



   







yang ni...err...


Kat atas puncak tuh sejuk,angin kompom lah kuat..kat puncak time tuh tak ramai sangat..ada beberapa group ja..so tak lah padat sangat kat puncak tu memandangkan puncak tu kecik ja...Lepas dah makan,rehat-rehat ambik-ambik gambaq...perjalanan turun pon bermula....

Perjalanan turun...

Masa perjalanan turun masing-masing laju,dah berpecah sesama sendiri...so tak ada gambar sangat,cuma kami singgah di air terjun dekata bawah tu,dekat-dekat nak sampai kaki bukit dah...mandi sdulu situ,bagi basah-basah badan dulu....pastu sambung perjalanan...




Sampai di kaki bukit...tapak perkhemahan...

Sampai ja balik ke tapak perkhemahan kami,semua berehat-berehat dulu..lepas tu buat persediaan nak ber BBQ!!
Bakar ayam..
Tapi sebelum tu,kumpulan-kumpulan yg dibahagikan diberi tepung dan perkakas memasak untuk buat cucur untuk makan sesama group masing-masing..group mana ada awek pandai masak tu untunglah....sedap la cucurnya...yg xpandai maak tu makan cucur batu la..keras...

Masa tu hujan sikit..sejuknya tak terkira la...upacara bakar ayam tergendala sikit,tapi bakar jugak..sebab tak sabar nak makan...
Bakar ayam sambil panaskan badan...


Malam tu pulak,lepas bakar ayam..upacara makan,malam tu memang makan-makan saja..yang tak kenyang lagi ini makan dia...


Yang makan tu makan la..yang kenyang tu merayau la....
Depan pintu utama pusat rekreasi tu,seberang jalan tu ada restoran ber'karaoke'
maknanya sambil makan boleh tengok orang karaoke,sapa nak bleh ja pilih lagu,tapi kami pi minum-minum saja.....



minum-minum minuman yang sihat-sihat sahaja...


Lepas lepak..waktu tidur..tidur di surau sebelah tapak khemah ja..haha....sejuk oo..semua taknak tido khemah dah...


Besok pagi-pagi bertolak balik........



Balik naik bas.....!!


SEKIAN...TIBAI DI GUNUNG ANGSI,N.9!!
Jumpa Lagi...Assalammualaikum..


cc: segala slah silap salah maklumat sila maafkan...


























Read more